Wednesday, September 21, 2016

Konvokesyen UiTM 2016

2-3 hari ni aku banyak dapat pertanyaan untuk tinggal di homestay antara tarikh 8 hingga 10 november 2016,

tapi semua tak pasti tarikh tepat dan berapa hari nak tinggal. ada yang nak masuk 8hb ada yang nak masuk 9hb. ada yang nak tinggal 8-10 hb.

tapi sebab ada sorang akak tu dia yang buat tempahan pertama, jadi aku pun kene la book dia dulu kan. 1st come 1st serve basis. walaupun akak ni pun tak pasti berapa hari dia nak tinggal.

kemudian pagi ni ada sorang akak bahasakan diri dia kak nab, kalau loghat tu macam dari belah kelantan sana tu dia nak tempah homestay lendu ni. tapi terpaksa aku tolak. tapi kak nab tu mintak tolong jugak, aku cuba offer satu lagi homestay kepunyaan pak mentua aku kat area pangkalan balak ni. dia pun bersetuju nak check in 7hb 11 dan check out 9hb.

musykil dengan kejadian ni aku pun cuba selidik.

rupa-rupanya ada majlis konvokesyen kat UiTM Lendu ni antara 8-10 November 2016.



bolek klik SINI untuk ke pautan website UiTM.

jadi aku jangkakan banyak panggilan untuk pertanyaan homestay la lepas ni..haha..

Selamat Berkonvo

Public Islamic Opportunity Fund. Peluang yang datang sekali sekala.


3 minggu lepas Public Mutual buka sedikit ruang bagi pelabur baru yang ingin melabur di dalam PIOF dan juga pelabur sedia ada yang ingin tambah unit mereka.

Kejap je Public mutual ni buka peluang, hanya dari 1 september sehingga 15 september atau 250million unit habis dijual.

bagi aku yang belum ada fund yang invest dalam small/mid cap company, ini peluang terbaik bagi aku untuk divesify kan portfolio aku dalam unit trust.

plan aku?

Initial investment : RM 1100.00
Regular saving/monthly investment : RM 100.00

terus aku daftarkan sebagai unitholder.

sedikit sebanyak berkaitan PIOF

Fund Review

Kita tengok detail sikit


PIOF dilancarkan pada 28.06.2005
Prestasi lepas
5-year: annualised return 9.54%
10-year : annualised return 12.74%

pada zaman ekonomi tak berapa nak cun ni. PIOF tetap mampu beri return yang baik.

ok ke nak melabur dalam PIOF ni.

Tak sesuai dengan semua orang. 
1. Risiko PIOF level 5
2. Volatility 7.7


3. Kalau rasa gelisah je tengok NAV jatuh -35% dan -4%

Tapi semua perlaburan ada cara nak melabur kan..

sesiapa nak melabur dengan Public Mutual boleh dapatkan consultation dengan aku ye. tapi pastikan korang ada cash flow yang cantik dan berniat melabur jangka panjang. 


Tetamu ke A Famosa Water Theme Park


Alhamdulillah harini kami menerima 2 tempahan untuk tinggal di homestay kami

1. Check in 8/11/2016; check out TBA 


Tempahan seawal sebulan lebih. Terima kasih kami ucapkan kepada kepada mereka yang merancang perjalanan dengan baik. pernah sekali kami menerima panggilan pada jam 12.30 malam. dah tido? haha..semestinya sebab esok tu aku dah le kene balik ke KL untuk bekerja. minta maaf kami tidak dapat melayan permintaan tersebut ditambah pula dengan khuatir dengan keselamatan. Ye la 12.30 malam kot..macam2 boleh berlaku

update:

patut lah tempah awal..musim konvokesyen rupanya..tahniah kak...sebab akak 1st yang booking...sambungan SINI



2. Check in 8/10; check out 9/10


family ni dah beli tiket untuk ke A Famosa Water Theme Park. soalan awal abang ni dia tanya berapa jauh jarak dari homestay ke A Famosa. Aku pun main agak-agak je dalam 10km - 15km. Tapi bila cek balik google maps



dalam 19km gak..haha..sebab dah biasa lalu jalan tu jadi takde lah terasa jauh sangat. tapi abg ni kata ok je.

Dalam blog homestay tu nampaknye aku kene kerja keras sini untuk update lokasi dan jarak tempat2 yang orang ramai datang.

Haritu ada yang bertanya jarak ke zoo melaka, ada yang bertanya jarak ke JAPERUN Machap dan lain-lain. Aku dah buat page untuk lokasi-lokasi menarik tapi belum berkempatan nak buat kajian.

Monday, September 19, 2016

Anda layak dapat dekoder mytv percuma?

kita dah boleh semak kat laman web mytv kalau nak tau adakah kita layak menerima dekoder mytv secara percuma.





>>>Klik SINI untuk menyemak kelayakan

cuma masukkan no kad pengenalan korang di dalam kotak yang disediakan. Kalau korang tak layak macam aku akan keluarlah notis seperti ni


haha...janganlah bersedih. kita tunggu jualan dekoder mytv nanti ye.

sekarang ni homestay kat lendu ni takde sangat siaran tv. nak pasang astro memang tak lah. nak pasang njoi aku rasa macam tak lebih baik pasang mytv ni tapi lama bebenau menunggu dekoder mytv ni di jual.

memang ada dekoder bukan keluaran mytv tapi masih boleh diguna pakai untuk dapatkan siaran digital ni tapi aku macam lebih suka pakai yang keluaran mytv sendiri kan. kalau korang tak boleh sabar boleh je cari dekoder tv digital kat Lazada pun ada jual.

satu lagi masalah mytv ni kalau ikut ujian siaran yang dilakukan sehingga 31 ogos 2016. Melaka tak termasuk dalam peta liputan mereka. camne nak dapat siaran digital ni kat alor gajah. haha..mungkin ada tapi lambat lagi lah.


Pakai je njoi dulu nanti baru pasang dekoder mytv?

macam membazir je..tak membazir ke?


Sunday, September 18, 2016

tambah kemudahan homestay

dalam pos sebelum ni aku ada senaraikan kemudahan-kemudahan yang akan aku tambah pada masa akan datang.

rujuk pos sebelum ini >> KLIK

di sebabkan pada hari sabtu baru ni aku dapat Whatsapp untuk menyewa homestay selama 6 hari jadi aku mengambil keputusan untuk tambah sedikit lagi kemudahan (senarai ke - 2). sebab aku pikir takkan la nak bawak baju banyak-banyak. Lagipun self-laundry pun yang berhampiran aku rasa ada kat pekan masjid tanah dan juga pekan alor gajah. tidak lah jauh tapi kalau ada sendiri kat homestay lebih memudahkan.


jadi semalam aku dan wife pergi la mencari barang-barang ni dan hantar ke homestay pada petang nye..malam jap 9malam baru kami selesai.

Barang-barang:

1. mesin basuh jenama khind semi auto 6.8kg : RM380 (aku beli kat U electric Cheng)


2. dapur gas jenama pentec dan hos gas tekanan rendah : RM 58 (tesco cheng)
3. tong gas : RM 114 (mini mart lendu)
4. Ampaian : RM250 (tempah)
5. kuali, periuk, mangkuk nasi, sudip, senduk, pisau, tong sampah besar: RM 80

jumlah semua : RM 882.00

cuma peti ais je tak sempat nak masukkan. dah bincang dengan penyewa pasal ketiadaan peti sejuk dan mereka ok je.

kami terhadkan kemudahan memasak ni kepada mereka yang menyewa lama. sebab kami selalu menghadapi masalah penyewa menyepahkan dapur. jadi susah untuk kami kemas.

semoga penyewa-penyewa ni tolong jaga kebersihan dan kemudahan yang disediakan.



Saturday, September 17, 2016

homestay reservation calendar...perlu ke?






bila dapat tempahan yang terlalu awal macam ni terasa macam nak ada reservation calendar lak..baru nampak macam pro homestay manager ye dak..haha

sebelum ni pakai yang ibilik dah sediakan macam ni



tak pun kadang-kadang pakai manual je isi dalam kalendar dalam planner yang prudental bagi setiap tahun tu..haha

sekarang terasa macam nak install plug-in manage reservation calendar untuk http://homestaylendu.blogspot.my/ tapi setakat ni jumpa untuk wordpress je. untuk blogspot macam tak jumpa je. kene berhijrah ke worpress ke? patut la otai-otai pemasaran internet lebih suka guna wp.

tapi perasaan je tu...boleh lagi nak guna yang ibilik je..haha...tunggu la bila ada web yang proper sikit kita pakai booking calendar macam hotel2 tu ye..


Tips Jimat Penggunaan Aircond


Lepas pasang aircond kat homestay lendu tu, keluarlah pulak cara nak jimat penggunaan elektrik bila guna aircond. jadi kita cuba la ye tips yang di kongsi oleh Chinta Nur Farahidayu ni bukan sahaja kat homestay malah kat rumah sendiri.

nanti kalau aku jumpa lagi tips-tips jimat elektrik yang praktikal dan logik, aku akan letak kat sini sebagai rujukan. senang sikit kalau letak kat facebook nanti lama-lama dah ke bawah payah nak cari.

ps: praktikal dan logik di sini tak semestinya berkesan kepada semua orang sebab kita takde data kan nak buktikan dan lain orang lain cara penggunaan elektrik.

Friday, September 16, 2016

Pasang aircond

Hari rabu baru ni akhirnya berjaya juga kami mencari masa untuk pasang aircond kat homestay lendu.

1. Aircond untuk bilik master bedroom
2. Jenama Daikin 1.0 hp EcoKing
3. Harga siap pasang RM 1150

Aku tak survey pun harga aircond ni so tak pasti sangat RM 1150 ni mahal ke murah. Tapi disebabkan bilik kami pun pakai jenis yang sama dan  orang yang sama pasang. Kami layankan aja. Tapi rasanya harga tu ok dah. Nak pasang sharp, panasonic atau mitsubishi lagi mahal rasanya. Nak pakai hisense kang dengar cerita spare part payah.









So dah boleh update kat kemudahan homestay. Master bedroom ber aircond.

Sape sape area melaka boleh la contact uncle ni kalau nak pasang daikin juga. Uncle ni semua brand dia jual. Ikut bajet korang la. 



kemudahan seterusnya:

1. Nak pasang astro njoi (yang ni masih menunggu mytv kalau alor gajah dapat siaran mytv kita masuk mytv lah)
2. mesin basuh, ampaian dan peti sejuk - sebelum ni kami target guest yang tinggal singkat tapi baru-baru ni dapat panggilan untuk tinggal agak lama. jadi kemudahan ni agak perlu la kan)
3. water dispenser - baru ni nampak coway buat promotion RM170.

plan jangka sederhana:

1. Nak buat landskap..ada gazebo...ada ruang untuk bbq..haha..ni mau modal besau

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kemaskini (22/9/2016)

tadi aku ada terjumpa brader kerja dengan mtvi broadcasting ni. secara kesimpulan aku boleh dapat dari sembang-sembang dengan brader tadi ialah aku macam tak perlu tunggu Mytv ni, pasang dulu njoi sebab macam lambat lagi je mytvi ni. kalau aku nak gak pasang mytv tunggu la bila njoi tu dah memberi masalah nanti..hehe

Tuesday, September 13, 2016

Selamat hari raya aidiladha 1437H



sedikit gambar dan video suasana korban kat kg. lubok redan, masjid tanah 2016







video

Wednesday, September 7, 2016

guna fon semasa memandu

video

video berdurasi 3 minit 50 saat. singkat tapi sangat memberi kesan. idea pembuat video ni mula2 menemuramah beberapa orang bertanyakan penggunaan telefon semasa memandu. 

kemudian mereka memperkenalkan peserta ni kepada seorang yang lumpuh separuh akibat daripada kemalangan yang mana pemandunya waktu itu leka menggunakan telefon. 

idea nye nampak ringkas tapi sekarang ni itulah yang terjadi pada pemandu di Malaysia juga. tak kira jalan biasa ataupun highway, kita dapat lihat ada segelintir pemandu yang cuai. 

kita mudah terganggu dengan sifat manusia yang ingin tahu..bila whatsapp masuk berderu-deru kita pun nak tau apa diorang sembang. kemudian bila isu dalam whatsapp tu menarik minat kita. kita nak pula join sekali walhal waktu tu kita sedang memandu.

ye aku pernah buat. dan aku memilih untuk berhenti dari terus melakukannya. apa yang aku buat sekarang. off kan data plan fon semasa dalam perjalanan. 

simple! cuma ia perlukan komitmen dan istiqomah. 

semoga kita mampu mengubahnya. 

Tuesday, September 6, 2016

google business




hari ni dapat report dari Google Business tentang performance pada Ogos 2016. sebanyak 339 views. 58 yang klik. dan 9 yang cek direction. aku masih baru pasal google business ni. baru je datfar 27 ogos harini. maknanya dalam seminggu je boleh dapat audience macam ni...hhhhmmm...kene belajar lebih lanjut pasal google business ni. patut la baru ni ada orang whatsapp tanya detail pasal homestay.

kalau mereka yang jumpa homestay ni kat mudah.my...maklumat lengkap dah ada dalam tu. kalau google business ni ada no telefon dan gambar. kalau nak tengok detail kene cek kat blog so mungkin leceh jadi orang lebih mudah whatsapp je.

ikut prestasi sekarang:

1. mudah.my
2. google business
3. ibilik.my (ni belum dapat sebarang tempahan lagi)



Saturday, September 3, 2016

Kereta pertama aku ialah Proton Wira


Lepas setahun aku kerja, bermodalkan bonus pertama kerja..aku beli kereta...ingat lagi masa tu bulan puasa aku dengan hafiz pergi usha kereta kat used car. masa tu pun hafiz cari kereta gak. masa ni kitorang pergi kat Seri Muda, shah alam.

aku memang cari kereta terpakai je sebab nak cari bayaran bulanan murah2 je..biasa lah gaji kecik..tak mampu nak pakai kereta mahal-mahal.

aku dan nizam bergambar dengan gambar ni masa raya 2011. masa ni kali pertama aku bawak balik kereta ni ke Kuantan.

dah 5 tahun kereta ni. Loan pun dah settle awal. sekarang ni Yana dan suami menggunakan kereta ni. Aku pun dah beli kereta lain. Proton Persona!

Rugi beli kereta awal-awal...Baik beli rumah dulu. Bagi aku terpulang. Biar bagi sesetengah orang, beli kereta dulu ni kurang bijak sebab kereta ni liabiliti. Harga menyusut. Tak bijak urus wang dll. 

Beli kereta ni bagi aku takde masalah. yang masalah bila kita salah pilih kereta. bila kita beli kereta terlalu mahal. itu yang biasa mengganggu kita. kereta mahal maintenance tentu mahal juga. Spare part lagi. insurans lagi. kalau rosak. fuyoo..beli pulak kereta-kereta yang payah dapat local spare part. parah. monthly installment tinggi, kita lambat simpan duit untuk jadi modal seperti beli rumah ke berniaga ke.

oh aku baru perasan. aku tak pernah bergambar dengan persona sendiri. haha

Thursday, September 1, 2016

cop homestay AF lendu


Perlu ke kita buat cop untuk homestay?

tak perlu pun sebenarnya. ni nice to have je. kalau kita bagi resit homestay pun kita tak wajib pun nak cop atas resit tu pun kan. pergi hotel pun diorang tak cop resit diorang.

tapi aku saje nak buat gak..haha..sebab nampak macam nice je ada cop..hehe

nak buat rubber stamp ni kos yang aku dapat ialah RM 19. siap dalam 10 minit. lagi pun aku memang dah ada ink dia..dulu guna untuk cop cari client yang invest dalam public mutual pakai KWSP. lepas tu aku beli ink baru yang spesifik untuk borang kwsp. jadi ink lama tu boleh guna lagi..aku guna untuk homestay ni la.

lepas ni guest yang mintak resit homestay boleh le aku tepek cop ni atas resit tu.

hahaha..