Showing posts with label Urus Wang. Show all posts
Showing posts with label Urus Wang. Show all posts

Sunday, September 18, 2016

tambah kemudahan homestay

dalam pos sebelum ni aku ada senaraikan kemudahan-kemudahan yang akan aku tambah pada masa akan datang.

rujuk pos sebelum ini >> KLIK

di sebabkan pada hari sabtu baru ni aku dapat Whatsapp untuk menyewa homestay selama 6 hari jadi aku mengambil keputusan untuk tambah sedikit lagi kemudahan (senarai ke - 2). sebab aku pikir takkan la nak bawak baju banyak-banyak. Lagipun self-laundry pun yang berhampiran aku rasa ada kat pekan masjid tanah dan juga pekan alor gajah. tidak lah jauh tapi kalau ada sendiri kat homestay lebih memudahkan.


jadi semalam aku dan wife pergi la mencari barang-barang ni dan hantar ke homestay pada petang nye..malam jap 9malam baru kami selesai.

Barang-barang:

1. mesin basuh jenama khind semi auto 6.8kg : RM380 (aku beli kat U electric Cheng)


2. dapur gas jenama pentec dan hos gas tekanan rendah : RM 58 (tesco cheng)
3. tong gas : RM 114 (mini mart lendu)
4. Ampaian : RM250 (tempah)
5. kuali, periuk, mangkuk nasi, sudip, senduk, pisau, tong sampah besar: RM 80

jumlah semua : RM 882.00

cuma peti ais je tak sempat nak masukkan. dah bincang dengan penyewa pasal ketiadaan peti sejuk dan mereka ok je.

kami terhadkan kemudahan memasak ni kepada mereka yang menyewa lama. sebab kami selalu menghadapi masalah penyewa menyepahkan dapur. jadi susah untuk kami kemas.

semoga penyewa-penyewa ni tolong jaga kebersihan dan kemudahan yang disediakan.



Monday, August 15, 2016

KWSP: Pilihan simpanan syariah kini di tangan kita #4


Surat rasmi kelulusan simpanan syariah kwsp dah sampai. minggu lepas hari selasa daftar kat kaunter kwsp, seminggu kemudian surat dah diterima.

Pantas dan efisien. bagus kwsp.

semalam disebarkan di whatsapp dan juga facebook berkaitan dengan kononnya dialog antara seorang pencarum dan juga pekerja kwsp. konon-konon simpanan syariah ni adalah konspirasi kerajaan untuk songlap duit rakyat dan tiada beza nya antara simpanan syariah dengan konvensional.

dan lebih sedih, bila baca komen-komen ramai yang menyesal kerana telah terpedaya dengan 'taktik' terbaru kerajaan untuk guna pakai duit pencarum untuk bayar hutang kerajaan dan 1mdb. ada juga ramai komen yang berbangga kerana mengambil pilihan 'bijak' untuk tidak bertukar ke simpanan syariah. 

permintaan untuk adakan simpanan syariah ni bukan dari kerajaan pun. ni permintaan pencarum. kita nak simpanan yang patuh syariah dan jauhi riba. tambahan pula kalau kerajaan nak ambil duit kwsp pun tak perlu nak tunggu tabung simpanan syariah pun..kah3...

nanti aku update dialog tersebut. tapi petang semalam pun dan tersebar jawapan balas untuk dialog tersebut. 

Sunday, August 14, 2016

daftar homestay dengan ibilik.com

Selepas aku iklankan homestay di mudah.my, aku daftarkan pula di ibilik, salah satu laman web yang menyediakan khidmat listing bilik atau homestay.

sebenarnya banyak laman web yang menyediakan khidmat sebegini seperti yang femes sekarang airbnb. 

sekarang menunggu dapat kelulusan dari pihak ibilik.


di peringkat awal promosi homestay ni, aku rasa perlu untuk kita iklan berbayar bagi mendapatkan pelanggan. lain cerita kalau dah stabil nanti kan..hehe..

Update 17/8/2016


Selepas dua kali ibilik reject pendaftaran aku sebab tak cukup gambar akhirnya harini homestay ni dah diluluskan.

Alhamdulillah.