Monday, August 15, 2016

KWSP: Pilihan simpanan syariah kini di tangan kita #4


Surat rasmi kelulusan simpanan syariah kwsp dah sampai. minggu lepas hari selasa daftar kat kaunter kwsp, seminggu kemudian surat dah diterima.

Pantas dan efisien. bagus kwsp.

semalam disebarkan di whatsapp dan juga facebook berkaitan dengan kononnya dialog antara seorang pencarum dan juga pekerja kwsp. konon-konon simpanan syariah ni adalah konspirasi kerajaan untuk songlap duit rakyat dan tiada beza nya antara simpanan syariah dengan konvensional.

dan lebih sedih, bila baca komen-komen ramai yang menyesal kerana telah terpedaya dengan 'taktik' terbaru kerajaan untuk guna pakai duit pencarum untuk bayar hutang kerajaan dan 1mdb. ada juga ramai komen yang berbangga kerana mengambil pilihan 'bijak' untuk tidak bertukar ke simpanan syariah. 

permintaan untuk adakan simpanan syariah ni bukan dari kerajaan pun. ni permintaan pencarum. kita nak simpanan yang patuh syariah dan jauhi riba. tambahan pula kalau kerajaan nak ambil duit kwsp pun tak perlu nak tunggu tabung simpanan syariah pun..kah3...

nanti aku update dialog tersebut. tapi petang semalam pun dan tersebar jawapan balas untuk dialog tersebut. 

No comments:

Post a Comment