Showing posts with label simpanan syariah. Show all posts
Showing posts with label simpanan syariah. Show all posts

Monday, August 15, 2016

KWSP: Pilihan simpanan syariah kini di tangan kita #4


Surat rasmi kelulusan simpanan syariah kwsp dah sampai. minggu lepas hari selasa daftar kat kaunter kwsp, seminggu kemudian surat dah diterima.

Pantas dan efisien. bagus kwsp.

semalam disebarkan di whatsapp dan juga facebook berkaitan dengan kononnya dialog antara seorang pencarum dan juga pekerja kwsp. konon-konon simpanan syariah ni adalah konspirasi kerajaan untuk songlap duit rakyat dan tiada beza nya antara simpanan syariah dengan konvensional.

dan lebih sedih, bila baca komen-komen ramai yang menyesal kerana telah terpedaya dengan 'taktik' terbaru kerajaan untuk guna pakai duit pencarum untuk bayar hutang kerajaan dan 1mdb. ada juga ramai komen yang berbangga kerana mengambil pilihan 'bijak' untuk tidak bertukar ke simpanan syariah. 

permintaan untuk adakan simpanan syariah ni bukan dari kerajaan pun. ni permintaan pencarum. kita nak simpanan yang patuh syariah dan jauhi riba. tambahan pula kalau kerajaan nak ambil duit kwsp pun tak perlu nak tunggu tabung simpanan syariah pun..kah3...

nanti aku update dialog tersebut. tapi petang semalam pun dan tersebar jawapan balas untuk dialog tersebut. 

Wednesday, August 10, 2016

KWSP: Pilihan simpanan syariah kini di tangan kita #3

Semasa kita membuat pendaftaran untuk simpanan syariah, pekerja KWSP akan mengemaskini maklumat kita di dalam sistem terutamanya no telefon...selain itu kita juga perlu menurunkan cap jari sebagai tanda terima akad perjanjian di bawah simpanan syariah ini.

contoh akad simpanan syariah


akad ini antara yang membezakan konvensional dan juga syariah.

KUALA LUMPUR: The Employees Provident Funds (EPF) Simpanan Shariah has signed up 38,613 more members as at 4.45pm on Wednesday. 
In a statement, the EPF said it signed up 41,583 members on Monday and 46,686 on Tuesday.
“We expect throughout this first week, the volume of registration would continue to be high; therefore, we are still tabulating the take-up rate of the funds across all our branches,” it said. 
EPF advised the members to monitor its Facebook page and Twitter feeds for updates on the congested branches.
The EPF Simpanan Shariah, which will be launched in January 2017, is open for registration at EPF branches nationwide to all members regardless of race, religion and nationality. 
It said members who wished to convert their conventional EPF savings to Simpanan Shariah would need to personally visit any EPF branch and bring along their MyKad to verify their thumbprints.
“Foreign nationals who are members should bring their passports,” it said.
A fund size of RM100mil, which is equivalent to about 15% of EPF’s total investment asset of RM681.71bil, as at end-March 2016, has been allocated for Simpanan Shariah 2017 and is based on a first-come first-served basis. 
To be eligible for the scheme, members must submit their applications by Dec 23, 2016, subject to the availability of the RM100bil fund, it said. - Bernama
sokongan yang baik dari pencarum untuk bertukar ke simpanan syariah.

tapi yang menarik juga bila berkaitan dengan simpanan syariah ni rupa-rupanya ramai pencarum kwsp itu sendiri tidak tahu yang simpana kwsp adalah simpanan konvensional

ramai lagi rupanya aku tak cerita kan.



Tuesday, August 9, 2016

KWSP: Pilihan simpanan syariah kini di tangan kita #2


9/8/16 baru la berkesempatan untuk pergi ke KWSP, Jln Raja Laut, untuk mendaftarkan akaun simpanan syariah. Mak aih ramainya orang beratur. 

Tahniah aku ucapkan pada KWSP atas pengurusan anda yang efisyen. Aku datang tiket menunggun ni jam 11.54 pagi dan urusan selesai pada jam 12.14 tengah hari, dalam 20 minit je kita menunggu. 42 kaunter pendaftaran di buka untuk membantu urusan pendaftaran. Urusan pula mudah dengan hanya bawa kad pengenalan dan perlu turunkan cap jadi. Puf!! selesai.

10.8.2016 pagi


pagi ni dapat sms 


sedikit gambar dalam ruang menunggu:





angka giliran bertukar laju betol.


dalam kepala kita mesti ada beberapa soalan yang bermain:

1.  kenapa KWSP tidak secara otomatik tukarkan akaun ke simpanan syariah kan sedangkan majoriti kita umat islam. ni aku dapat jawapan dari Ustaz Zaharuddin dari laman FB nye





2. Kenapa baharu sekarang KWSP nak perkenalkan simpanan syariah ni

yang ni aku belum jumpa jawapan berautoriti. tapi yang pernah aku baca dan faham dan juga berlaku kepada ASB.

a) duit dalam fund mereka ni terlalu besar tapi bank yang patuh yang mampu untuk pegang semua duit mereka tiada.
b) syarikat-syarikat yang prestasi tinggi di Bursa Malaysia agak limited.

maklumat yang aku ada mungkin terlalu umum dan tidak tepat. aku akan update bila jumpa maklumat yang lebih baik.

sebagai pencarum beragama islam, marilah kita menyokong usaha KWSP ini. Sedangkan ramai juga yang belum beragama islam turut bertukar ke arah simpanan syariah. janganlah kita terlalu beralasan dan akhirnya tidak melakukan apa-apa. Kalau masih ada kelemahan dalam pengurusan simpanan syariah ni, kita doakan supaya KWSP boleh perbaiki.

sebelum kwsp perkenalkan simpanan syariah, dah banyak je IPD (Institut Perlaburan Dana) yang perkenalkan fund patuh syariah. Kita tolak sebab high volatility. Kini KWSP yang low volatility pun kita tak sokong.

Jom Patuh Syariah

Sunday, July 31, 2016

KWSP: Pilihan simpanan syariah kini di tangan kita #1




8.8.2016

Tarikh keramat khususnya bagi kita yang beragama islam di Malaysia yang mencarum di dalam KWSP.

 Jika sebelum ini kita terpaksa mencarum di KWSP yang tidak mematuhi garis panduan patuh syariah disebabkan kita tertakluk kepada peraturan kerajaan. Kini KWSP telah mengambil kira pandangan masyarakat kita yang mahukan penambahbaikkan dan memperkenalkan simpanan syariah terbaru mereka. 

simpanan konvensional masih diteruskan dan pencarum tidak kira agama dan bangsa boleh memilih untuk meneruskan caruman di dalam simpanan konvensional ataupun bertukar kepada simpanan syariah.

ciri-ciri simpanan syariah KWSP yang patut kita tahu:

1. pencarum beragama islam tidak secara automatik bertukar kepada simpanan syariah. Kalau nak..wajib pergi ke kaunter pendaftaran KWSP dengan membawa kad pengenalan sahaja.

2. Tiada jaminan dalam pemberian dividen tahunan. Kalau simpanan konvensional tertakluk kepada min 2.5% dividen setahun, simpanan syariah pula boleh untuk tidak memberi dividen. kata mudah kalau ada untung mereka bagi dividen, kalau rugi takde lah dividen. Sama-sama untung sama-sama rugi. 



3. KWSP simpanan syariah ni masih lagi bersifat simpanan. Kalaupun perlaburan yang dibuat oleh KWSP mengalami kerugian, simpanan kita masih lagi kekal. Walaubagaimanapun,  KWSP akan berhati-hati dalam membuat perlaburan mereka kerana objektif KWSP ini diwujudkan adalah untuk dana persaraan kita. Jika kita lihat Tabung Haji yang menguruskan perlaburan syariah juga mampu memberi dividen 5% setahun kepada pendeposit mereka.

4. Mereka yang mahukan pulangan perlaburan lebih tinggi, tiada perubahan pada kebenaran untuk pengeluaran akaun 1 cuma mereka hanya benarkan perlaburan di buat pada tempat yang patuh syariah juga.

5. tiada perubahan pada kebenaran pengeluaran akaun 2.

6. Ahli KWSP yang memilih simpanan syariah tidak boleh membatalkan pilihannya selepas tarikh kuat kuasa dan kembali ke simpanan konvensional

maklumat lanjut berkaitan dengan simpanan syariah KWSP ini bolehlah melawat SINI

Pelbagai VIDEO juga telah disediakan oleh pihak KWSP untuk pemahaman orang ramai berkaitan dengan simpanan syariah ini.

ps: janganlah kita bimbang sangat dengan dividen yang tidak dijamin. Yang penting kita mencari keberkatan dalam setiap simpanan/perlaburan yang kita lakukan. lagipun KWSP ini hanya salah satu dari portfolio dana persaraan kita. 


Kita mesi pilih!!!