Showing posts with label Keselamatan. Show all posts
Showing posts with label Keselamatan. Show all posts

Wednesday, September 7, 2016

guna fon semasa memandu


video berdurasi 3 minit 50 saat. singkat tapi sangat memberi kesan. idea pembuat video ni mula2 menemuramah beberapa orang bertanyakan penggunaan telefon semasa memandu. 

kemudian mereka memperkenalkan peserta ni kepada seorang yang lumpuh separuh akibat daripada kemalangan yang mana pemandunya waktu itu leka menggunakan telefon. 

idea nye nampak ringkas tapi sekarang ni itulah yang terjadi pada pemandu di Malaysia juga. tak kira jalan biasa ataupun highway, kita dapat lihat ada segelintir pemandu yang cuai. 

kita mudah terganggu dengan sifat manusia yang ingin tahu..bila whatsapp masuk berderu-deru kita pun nak tau apa diorang sembang. kemudian bila isu dalam whatsapp tu menarik minat kita. kita nak pula join sekali walhal waktu tu kita sedang memandu.

ye aku pernah buat. dan aku memilih untuk berhenti dari terus melakukannya. apa yang aku buat sekarang. off kan data plan fon semasa dalam perjalanan. 

simple! cuma ia perlukan komitmen dan istiqomah. 

semoga kita mampu mengubahnya. 

Monday, August 29, 2016

Proton Saga 2016

hehe..

gambar-gambar saga baru dah boleh diperolehi di internet.

dikhabarkan akan dilancarkan dalam bulan september.

Ogos - Proton Persona 2016

September- Proton Saga 2016

Oktober-Disember- Proton SUV 2016

meriah sangat tahun ni dengan pelbagai model dikeluarkan oleh pelbagai pengeluar kereta. waktu kuasa ekonomi dikatakan lemah. banyak pilihan pengguna untuk membeli kereta.

waktu yang tepat?

bagi pengeluar kereta, mereka kene terus perkenalkan model terbaru bagi menarik minat pembeli untuk menjana pendapatan syarikat. takkan nak jual model yang sama berulang-ulang kali bertahun lama nya kan. setiap syarikat diorang dah study siapa target market mereka. pelbagai model ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan semua.

berbaloi dan menguntungkan? ada model yang untuk ada model yang tidak untuk.

mari kita cuci mata sedikit melihat model baharu proton saga.



aku kreditkan kepada empunya gambar untuk diletakkan dalam blog ni. aku pun tak tau sapa yang leak. 

nampak cun. kalau harga dia pun cun. boleh ancam market bezza ni.

nanti kita cari apa speksifikasi model ni