video berdurasi 3 minit 50 saat. singkat tapi sangat memberi kesan. idea pembuat video ni mula2 menemuramah beberapa orang bertanyakan penggunaan telefon semasa memandu.
kemudian mereka memperkenalkan peserta ni kepada seorang yang lumpuh separuh akibat daripada kemalangan yang mana pemandunya waktu itu leka menggunakan telefon.
idea nye nampak ringkas tapi sekarang ni itulah yang terjadi pada pemandu di Malaysia juga. tak kira jalan biasa ataupun highway, kita dapat lihat ada segelintir pemandu yang cuai.
kita mudah terganggu dengan sifat manusia yang ingin tahu..bila whatsapp masuk berderu-deru kita pun nak tau apa diorang sembang. kemudian bila isu dalam whatsapp tu menarik minat kita. kita nak pula join sekali walhal waktu tu kita sedang memandu.
ye aku pernah buat. dan aku memilih untuk berhenti dari terus melakukannya. apa yang aku buat sekarang. off kan data plan fon semasa dalam perjalanan.
simple! cuma ia perlukan komitmen dan istiqomah.
semoga kita mampu mengubahnya.
No comments:
Post a Comment