9/8/16 baru la berkesempatan untuk pergi ke KWSP, Jln Raja Laut, untuk mendaftarkan akaun simpanan syariah. Mak aih ramainya orang beratur.
Tahniah aku ucapkan pada KWSP atas pengurusan anda yang efisyen. Aku datang tiket menunggun ni jam 11.54 pagi dan urusan selesai pada jam 12.14 tengah hari, dalam 20 minit je kita menunggu. 42 kaunter pendaftaran di buka untuk membantu urusan pendaftaran. Urusan pula mudah dengan hanya bawa kad pengenalan dan perlu turunkan cap jadi. Puf!! selesai.
10.8.2016 pagi
pagi ni dapat sms
sedikit gambar dalam ruang menunggu:
angka giliran bertukar laju betol.
dalam kepala kita mesti ada beberapa soalan yang bermain:
1. kenapa KWSP tidak secara otomatik tukarkan akaun ke simpanan syariah kan sedangkan majoriti kita umat islam. ni aku dapat jawapan dari Ustaz Zaharuddin dari laman FB nye
yang ni aku belum jumpa jawapan berautoriti. tapi yang pernah aku baca dan faham dan juga berlaku kepada ASB.
a) duit dalam fund mereka ni terlalu besar tapi bank yang patuh yang mampu untuk pegang semua duit mereka tiada.
b) syarikat-syarikat yang prestasi tinggi di Bursa Malaysia agak limited.
maklumat yang aku ada mungkin terlalu umum dan tidak tepat. aku akan update bila jumpa maklumat yang lebih baik.
sebagai pencarum beragama islam, marilah kita menyokong usaha KWSP ini. Sedangkan ramai juga yang belum beragama islam turut bertukar ke arah simpanan syariah. janganlah kita terlalu beralasan dan akhirnya tidak melakukan apa-apa. Kalau masih ada kelemahan dalam pengurusan simpanan syariah ni, kita doakan supaya KWSP boleh perbaiki.
sebelum kwsp perkenalkan simpanan syariah, dah banyak je IPD (Institut Perlaburan Dana) yang perkenalkan fund patuh syariah. Kita tolak sebab high volatility. Kini KWSP yang low volatility pun kita tak sokong.
Jom Patuh Syariah
No comments:
Post a Comment