Monday, October 24, 2016

BAJET 2017: Insentif Bayaran Balik PTPTN


sumber gambar : PTPTN

KUALA LUMPUR: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diberi insentif diskaun bagi menggalakkan mereka membuat bayaran balik. Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, insentif tersebut akan berkuat kuasa esok sehingga akhir tahun depan. Dalam insentif tersebut, diskaun 15% akan diberikan untuk peminjam yang melangsaikan penuh baki hutang mereka. Diskaun sebanyak 10% akan diberikan untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hitang dalam sekali bayaran. Sementara diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan. sumber : AstroAwani 
Seperti mana dalam Bajet 2015 dulu, kerajaan pernah mengumumkan insentif diskaun bagi peminjam PTPTN untuk melangsaikan hutang mereka. Yang aku ingat, dalam bajet 2015 dulu, kerajaaan pernah memberi diskaun sebanyak 20% kepada peminjam yang membayar penuh baki hutang PTPTN mereka. 

Sekali lagi dalam pengumuman Bajet 2017 minggu lepas, kerajaan juga memberi insentif diskaun sebanyak 15% kepada mereka yang mahu membayar balik semua baki PTPTN mereka. 

Walaupun hanya 15% berbanding 20% dalam Bajet 2015, ini tetap menjadi peluang yang terbaik bagi mereka yang merancang untuk settlekan hutang PTPTN. 

bagi aku yang memang merancang untuk membayar balik baki PTPTN ni, pengumuman sebegini memang ditunggu-tunggu. aku memang sengaja menunggu Bajet 2017 untuk melihat ada tak insentif diskaun. andaikata tiada, aku akan juga tetap membayar baki PTPTN.

Kata kan yang korang ada sejumlah wang yang cukup atau mempunyai baki wang yang cukup dalam akaun 2 KWSP, adakah melangsaikan hutang PTPTN adalah langkah yang baik atau teruskan sahaja dengan pembayaran bulanan seperti biasa.

apa pendapat korang?

pendapat aku akan aku kongsikan dalam post yang lain.

tadi aku pun telah menghantar borang untuk melangsaikan semua baki PTPTN. Cara nya? aku akan kongsikan dalam post yang lain. 





No comments:

Post a Comment