Saturday, October 29, 2016

homestay lendu: Astro Njoi

sambungan dari post sebelum ni => Klik

disebabkan aku tiada opsyen yang banyak untuk mendapatkan siaran tv yang jelas:

1. Mytv => melaka belum sampai lagi coverage dia
2. Android box dan seangkatan => perlukan sambungan internet
3. Hipptv Unifi=> perlu subscribe unifi

jadi aku memilih astro njoi.

15/10/16: aku hantar borang permohonan njoi pada agen di Family Store Masjid Tanah
18/10/16: dapat sms dari astro menyatakan permohonan aku telah disahkan
24/10/16: dapat panggilan dari tukang pasang astro njoi nak pasang hari khamis tapi aku mintak                         pasang hari jumaat
28/10/16: tukang pasang datang pasang


pasang piring atas bumbung


penyambungan kabel (kalau standard pemasangan dia akan tebuk syiling untuk kabel tapi sebab rumah ni ada soket tv jadi tak perlu nak tebuk syiling tapi kene tambah kos). 

kelebihan kita tak nampak kabel turun dari syiling rumah ke dekoder.


remote astro njoi


hasil pemasangan 

kos:
1) dekoder dan piring : RM 350
2) kos pemasangan standard: RM 100
3) untuk pemasangan guna soket tv: RM 60

total : RM 510.00


Monday, October 24, 2016

Uber: Follow Uber Trip yang awesome


Secara tiba-tiba si Fendi ni hantar satu link kat whatsapp group. lepas aku klik link tersebut dan keluarlah satu map dan ada sebuah kereta dalam map tu. Mende pulak dah si Fendi ni bagi. haha

rupa-rupanya map tu tunjuk trip si Fendi bersama dengan pemandu uber. jadi kita boleh tengoklah pergerakan kereta uber tersebut.

Awesome!!!

haha..teruja lak aku tengok. macam best jugak la, contoh ada kawan aku baru ni duduk kat ampang je tapi nak juga laki dia datang pick up. aku tanya kenapa tak naik uber dia jawap rasa tak selamat. jadi aku rasa dengan ada nye kemudahan follow uber trip ni kan kita boleh bagitau kat kawan-kawan ke yang kita naik uber dan kawan-kawan boleh la tengok movement kita. amacam dah bertambah ke selamat?

haha.



baru bergerak dari kelana jaya



3 minit lagi nak sampai


Dah sampai!!!

BAJET 2017: Insentif Bayaran Balik PTPTN


sumber gambar : PTPTN

KUALA LUMPUR: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diberi insentif diskaun bagi menggalakkan mereka membuat bayaran balik. Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, insentif tersebut akan berkuat kuasa esok sehingga akhir tahun depan. Dalam insentif tersebut, diskaun 15% akan diberikan untuk peminjam yang melangsaikan penuh baki hutang mereka. Diskaun sebanyak 10% akan diberikan untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hitang dalam sekali bayaran. Sementara diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan. sumber : AstroAwani 
Seperti mana dalam Bajet 2015 dulu, kerajaan pernah mengumumkan insentif diskaun bagi peminjam PTPTN untuk melangsaikan hutang mereka. Yang aku ingat, dalam bajet 2015 dulu, kerajaaan pernah memberi diskaun sebanyak 20% kepada peminjam yang membayar penuh baki hutang PTPTN mereka. 

Sekali lagi dalam pengumuman Bajet 2017 minggu lepas, kerajaan juga memberi insentif diskaun sebanyak 15% kepada mereka yang mahu membayar balik semua baki PTPTN mereka. 

Walaupun hanya 15% berbanding 20% dalam Bajet 2015, ini tetap menjadi peluang yang terbaik bagi mereka yang merancang untuk settlekan hutang PTPTN. 

bagi aku yang memang merancang untuk membayar balik baki PTPTN ni, pengumuman sebegini memang ditunggu-tunggu. aku memang sengaja menunggu Bajet 2017 untuk melihat ada tak insentif diskaun. andaikata tiada, aku akan juga tetap membayar baki PTPTN.

Kata kan yang korang ada sejumlah wang yang cukup atau mempunyai baki wang yang cukup dalam akaun 2 KWSP, adakah melangsaikan hutang PTPTN adalah langkah yang baik atau teruskan sahaja dengan pembayaran bulanan seperti biasa.

apa pendapat korang?

pendapat aku akan aku kongsikan dalam post yang lain.

tadi aku pun telah menghantar borang untuk melangsaikan semua baki PTPTN. Cara nya? aku akan kongsikan dalam post yang lain. 





Wednesday, October 5, 2016

Tips motivasi: kisah kura-kura #1

Kisah Kura-kura #1

In order for the turtle to move, it has to stick its neck out
Berbual dengan seorang kawan yang bertahun lamanya berkerja di sebuah kilang
Setiap hujung bulan mendapat gaji, RM 30 setiap jam bila OT
Gaji dah tetap, kerjanya stabil

Baru-baru ni si kawan ni belajar sesuatu
Terasa stagnant bila difikirkan begini sahaja sampai ke pencen
Katanya mahu keluar dari shell
Tidaklah sampai berhenti kerja Cuma ingin mencari pengalaman baharu
Tak perlu mencari modal cukup guna apa yang sedia ada
Daripada kereta tersadai kat parking lot
Dia berfikir baik dijadikan income kedua

Bermula hari pertama sebagai pemandu Uber,
Sabtu malam ahad Uber Apps di buka
Krik krik krik … hanya bunyi cengkerik
Ahad pagi. Di cubanya sekali lagi

Trip pertama : RM 13.40
Trip kedua : RM 5.30
Trip ketiga : RM 16.10

Sebelum tengahari jumlah pendapatan RM 34.80
Jauh berbeza bila dia mampu dapat jumlah yang sama dengan sejam OT.

Apa yang dipelajari:
1) Dia terasa menjadi helang yang terbang mencari makanan sendiri
2) Dia belajar tentang konsep rezeki bilamana beberapa kali trip di cancel
3) The grass is always greener on the other side.