Sunday, July 31, 2016

Bukti mereka yang fokus pada kejayaan



Sukma Sarawak 2016 telah melabuhkan tirai. 

Paling mencuri perhatian pada edisi kali tidak lain dan tidak bukan Khairul Hafiz Jantan dari Melaka yang telah membuat rekod terbaru dalam acara 100 m, 200 m, dan 4 x 400 m. 

Khairul Hafiz muncul tatkala kita memberi perhatian kepada Badrul Hisyam Manap.



Tahniah!!!


KWSP: Pilihan simpanan syariah kini di tangan kita #1




8.8.2016

Tarikh keramat khususnya bagi kita yang beragama islam di Malaysia yang mencarum di dalam KWSP.

 Jika sebelum ini kita terpaksa mencarum di KWSP yang tidak mematuhi garis panduan patuh syariah disebabkan kita tertakluk kepada peraturan kerajaan. Kini KWSP telah mengambil kira pandangan masyarakat kita yang mahukan penambahbaikkan dan memperkenalkan simpanan syariah terbaru mereka. 

simpanan konvensional masih diteruskan dan pencarum tidak kira agama dan bangsa boleh memilih untuk meneruskan caruman di dalam simpanan konvensional ataupun bertukar kepada simpanan syariah.

ciri-ciri simpanan syariah KWSP yang patut kita tahu:

1. pencarum beragama islam tidak secara automatik bertukar kepada simpanan syariah. Kalau nak..wajib pergi ke kaunter pendaftaran KWSP dengan membawa kad pengenalan sahaja.

2. Tiada jaminan dalam pemberian dividen tahunan. Kalau simpanan konvensional tertakluk kepada min 2.5% dividen setahun, simpanan syariah pula boleh untuk tidak memberi dividen. kata mudah kalau ada untung mereka bagi dividen, kalau rugi takde lah dividen. Sama-sama untung sama-sama rugi. 



3. KWSP simpanan syariah ni masih lagi bersifat simpanan. Kalaupun perlaburan yang dibuat oleh KWSP mengalami kerugian, simpanan kita masih lagi kekal. Walaubagaimanapun,  KWSP akan berhati-hati dalam membuat perlaburan mereka kerana objektif KWSP ini diwujudkan adalah untuk dana persaraan kita. Jika kita lihat Tabung Haji yang menguruskan perlaburan syariah juga mampu memberi dividen 5% setahun kepada pendeposit mereka.

4. Mereka yang mahukan pulangan perlaburan lebih tinggi, tiada perubahan pada kebenaran untuk pengeluaran akaun 1 cuma mereka hanya benarkan perlaburan di buat pada tempat yang patuh syariah juga.

5. tiada perubahan pada kebenaran pengeluaran akaun 2.

6. Ahli KWSP yang memilih simpanan syariah tidak boleh membatalkan pilihannya selepas tarikh kuat kuasa dan kembali ke simpanan konvensional

maklumat lanjut berkaitan dengan simpanan syariah KWSP ini bolehlah melawat SINI

Pelbagai VIDEO juga telah disediakan oleh pihak KWSP untuk pemahaman orang ramai berkaitan dengan simpanan syariah ini.

ps: janganlah kita bimbang sangat dengan dividen yang tidak dijamin. Yang penting kita mencari keberkatan dalam setiap simpanan/perlaburan yang kita lakukan. lagipun KWSP ini hanya salah satu dari portfolio dana persaraan kita. 


Kita mesi pilih!!!

Saturday, July 30, 2016

7 Jutawan SSP BSN 2016





Iklan dia mak aih mengujakan betul..haha! dalam masa 7 bulan tahun ini akan lahirlah 6 orang jutawan baru. 

bagi yang menyimpan dengan SSP BSN, ada kempen baru yang kita patut ambil tahu. mana tau ada rezeki kita melalui kempen kali ni kan.

Kempen SSP BSN yang bermula pada 1 jun 2016 bagi menggalakkan orang ramai untuk menyimpan dengan BSN.  


boleh semak kempen terbaru ni (dah dua bulan pun berjalan) dan syarat kelayakan di SINI..boleh juga ke SINI untuk semak kalendar cabutan bertuah.

ok...good luck semua!!!





Thursday, July 28, 2016

Sambutan Hari Raya 2016



Sambutan Hari Raya Mech Dept 2016





Gambar staf-staf Mech Dept. Kami bergambar sebelum makan. Kalau bergambar selepas makan nanti nampak buncit. Haha!!


Pavlova in the house. 

Terima kasih kepada yang mengadakan jamuan raya kali ni. pilihan makanan korang memang ohsem!!!

satay, nasi arab, nasi kerabu, nasi dagang, soto dan macam-macam lagi ada.

Jumpa lagi tahun depan