Monday, January 25, 2016

Taman Lendu Ilmu [site visit]


Taman Lendu Ilmu, Alor Gajah





gambar ni aku ambil pada bulan 8 tahun lepas. 

Ini adalah pembelian hartanah pertama kami selepas berkahwin, awal tahun 2014 kami telah bercadang untuk membeli sebuah rumah. Asalnya kami telah pergi keTaman Jeram Perdana sebab ada kawan sekolah Iman dah beli rumah kat situ. Masa kami melawat tu, taman perumah tersebut telah siap di bina dan sudah mula diduduki. Pusing-pusing taman tu dan kami pun singgah di pejabat taman tu nak bertanya pasal rumah.

Masih ada beberapa unit yang masih kosong, tapi harganya di luar batasan kami. 

Harga yang ditawarkan pada masa tu RM 280k . Rumah dan ada bukaan tanah yang agak luas. Tapi memikirkan komitmen, lokasi, kemudahan dan alasan-alasan yang kami cipta untuk tak mahu menyesal bila tak beli, jadi kami lupakan lah rumah tersebut, hahaha..

Kami teruskan pencarian rumah dan akhirnya kami mendapat maklumat tentang Taman Lendu Ilmu di bawah pemaju yang sama dengan Taman Jeram Perdana. Sebab tu reka bentuk lebih kurang jee. Haritu tak dapat kat Jeram, kami pun sambar kat Lendu.

Walapun harganya agak tinggi, tapi kami berjaya mencipta pelbagai alasan untuk membeli..bak kata pepatah, Hendak seribu daya!Haha...