thesis psm

>> Friday, November 13, 2009

harini aku br nk mula menyudahkan thesis psm. sedang2 mengarang chapter 4 dan 5 tiba2 teringat nk update blog ni.haha..dah lama kot tak update kan..jadi sambil2 dapatkn idea nak karang thesis, aku mengarang kat sini dl r..hehe.

sekarang ni suasana final exam, dah start lama kot. ade mmber2 aku kos len dah abis paper siap dah balik kampung lg..aku nyer paper br nak star minggu dpan 19 nov..mak aih..tak nak ujung2 lak tarikh paper ni..dah la br nak start paper..xper2 tunggu je la..

present psm dah lepas dah 2 minggu, kirenye dalam minggu dpan kami kn antar draf thesis kt sv la..nsib aku nye chapter 4 dan 5 agak ringkas sekejap je la nak wat tp idea nye tak de..tu pun entah betul ke tidak aku buat..2 projek len dah siap present..tinggal 1 lg projek belom present..kn present 21 nov kalau tak silap la..tp projek nye tak mula2 lg.bahan pn tak cr lg ni..nk wat steam generator, bahan ape ek nak pakai..kene cr generator eletrik tu ke??

oh ye..pasal LI, stakat ni aku dpat 3 tawaran r dari 12 permohonan yang aku antar..yang baki2 tu tak tau dpt ke tidak..senyap je kan..senyap tu leh assume fail la tu..haha..aku dapat tawaran dr AMC kat gebeng, kuantan ni je, APM kat bukit beruntung, rawang dan shaime jb kat terengganu..tarikh akhir untuk sahkan LI ni 20 nov ni la..kire nye lepas sah kan mne company kite pilih, kite dah tak boleh pilih company len..pilihan aku skang ni kebarangkalian tinggi kat APM rawang tu..dekat sangat ngan kubur arwah atuk, kire ade2 masa leh r aku g mlwat..dah lme kot aku x g sana..hehe..insyaAllah kalau tak de masalah aku mula Li 1 dis ni kat automotive department..sv dah tau dah.. mr. yap nme dia..

nak g sana kene wat preparation gak..tp tak de masa lg stakat ni..member2 pesan kalau g automotive dept ni sekurangnya skill autocad tu kena ade r..haha..aku blaja time sem 2 tu pn xsmpai 2 minggu..baki semester belajar solidwork ade la..aduyai kene spend masa nk blaja autocad la plak..takpe2 cr la masa ye..

bile dah akhir2 sem ni standard r rutin2 biasa yng perlu dilakukan..aku nak mintak maaf kepada semua jika ada salah silap ek..keseronokan kenal korang, bersama korang takkan ilang dr memori tu pun kalau x kene format la..hehe..

Read more...

debat piala sultan zainal abidin

>> Tuesday, June 23, 2009

selepas akhirnya debat fomca, kali ni ade pula pertandingan debat piala sultan zainal abidin yang di anjurkan oleh uitm dungun dan pertandingan juga di adakan di sana. pertandingan kali ini merupakan siri terakhir bagi pertandingan debat semasa cuti semester ni pada 25 julai sehingga 28 julai 2009. namun, aku pula tidak dapat ikut serta kontijen ump ke sana kerana aku mengambil keputusan untuk menghantar adik mendaftarkan diri di usm pada 27 julai 2009. walaupun keputusan aku ini menyusahkan banyak pihak namun aku tidak mampu untuk berbuat apa2 sekadar mohon maaf kepada pihak2 tertentu. walaupun pahit terpaksa jua aku telan.

pengalaman aku di psza ni...dah dua tahun aku sertai, 2007 bersama abg raja, dek wan dan khairi, mereka berjaya ke pusingan seterusnya dan tewas di pusingan suku akhir sebagai pembangkang dengan usul bola sepak malaysia : ditelan mati emak, diluah mati ayah, walaupun penglibatan aku hanya sekelumit dalam pasukan itu tapi aku kenangan itu tetap ada.hehe.. pada 2008, aku sekali lagi ke psza bersama abg khairul, masita dan yantoi. tanpa latihan kami kerana tiada orang kami jua pergi berjuang. akhirnya kami terpaksa akur di suku akhir jua sebagai pembangkang dengan usul kita sudah bersedia.

adakah tahun ini kejadian sebegini akan berulang. dua pasukan akan di antar. pasukan 3 S yang terdiri daripada shafiqah, shahrul dan suria, lagi satu pasukan FAM, firdaus, adam dan masita. masalah yang sama tetap dan terus berulang. dugaan untuk mencapai kejayaan. jangan masalah luar je yang kita nmpak tapi masalah dalaman kita abaikan. debat ini bukan setakat perkongsian ilmu tetapi mengajar kita erti nilai idup yang murni - menghormati orang lain, merendah diri, perasaan sepasukan, dan disiplin.

tidak mengapa kita memuji orang len tetapi jgan smpai kondem diri sendiri kerana setiap kata adalah doa dan rupa diri kita sebenar. bab kata ijat. mind over body. kalau kita rasa hebat. hebat lah kita. jika kita rasa teruk maka teruklah kita. tuhan menunaikan apa yang kita hajati.

semoga berjaya kawan2 semua.

Read more...

kemasukan ke ipta

>> Monday, June 22, 2009

adik aku isi 7 daripada 8 permohonan upu untuk masuk ke ump..ingatkan dapat la masuk sini..rupa2nya tidak..aku dari kecik mengidam ade adik yang same sekolah ke u ke tapi tak dimakbulkan juga.dosa byak la ni..hehe

untuk makluman semua, adik aku yang baru pas kmph tu dapat tawaran ke universiti sains malaysia dalam jurusan fizik perubatan kat kampus induk selama tiga tahun..pendaftarannya adalah pada 27 jun akan datang ni. untuk itu, aku dan dia akan bertolak daripada terminal kuantan jam 9 malam dengan menaiki bas konsortium ke sungai nibong kalau tak silap. di jangkakan sampai di sana jam 6 pg kot..tak penah pergi sendiri kan..jadi tak tau lak..hehe..

jadi..doa2 kan la keselamatan kami ke sana dan aku pulang ke sini..hehe

Read more...

berakhirnya debat fomca 2009

tamat dah semalam..kami pulang selepas makan tengah hari di dewan terbuka uthm, desas desus kak yong makan nasi beriani gam..rupe2nye tak pun..tak pe la..makan je..hehe

pertandingan kali ni berakhir tanpa ada sebarang kemalangan yang tidak di ingini, penat jek pemandu ambulans stand by depan dewan kuliah tempat berkumpul..haha..secara keseluruhan berpuas hati la gak ngan penganjuran kali ni walaupun aku ngan daus penah skali tak dapat makan, mas, suria dan kak ana ada sekali tak dapat makanan sebab makanan abis..nak wat cmne, takde rezeki..banyak gak kenalan baru kali ni seperti pendebat dari ipsm, utm, igm pulau pinang, msu uniten dan len2..tp masih ade la pendebat yang tak mahu bertegur sapa kan..nak wat cmne..konsep mudah tak vouge jgan tegur..kui3...

fendi ngan suria lak demam kali ni, cek2 kat klinik sejahtera nasib bek sejahtera..dua2 tak kena h1n1...amy lak kene wat ujian pun selamat..bgus2..ni geng2 br balik unimas la ni pekena kek lapis bnyak sangat..smpai anak komando pun tak bergerak sehari..haha

sempat gak aku cek tekanan darah tinggi kat uthm ni mne tau darah dah nek kan..tp ok je la kata nurse tu takde masalah..cume bmi je ngam2..dia kata kurang sekilo lg dah jadi masalah la..skang bmi aku 18.4..best3..hehe

dalam perjalanan kami singgah kat jakel trading..kak ana shoping mende ntah..kain pasang kot tapi bnyak la dia beli untuk sedara mara..kami plak lepak kat gerai makan..suria belanja pau kacang..hehe..aku makan roti boom ngan susu panas..sebab bajet nk tmbah berat..pas makan je terus jadi pening..

pastu kami singgah plak kat umah mak kak ana..pekena durian lak..pe lagi,pening2 ni melantak la..pastu makan manggis lagi.waduh3..mas marah aku sebab tak minum air sejuk..hehe..degil2

eh..konsep awal nk cite ttg keputusan debat..ni dah melalut lak..

final
ukm (kerajaan) vs upm (pembangkang)
usul : kuasa pengguna hanya pada suara
pendebat terbaik final : shamsul
menang : upm

pendebat terbaik liga: firdaus (UM)
kedudukan UMP : ke 11 (tapi tak official lagi)
kedudukan pendebat : daus (33)
najmie (46)
masita (52)

akhirnya semoga berjaya d psza buat teman2 walaupn diri ini tidak dapat bersama..

Read more...

Hari ketiga di UTHM

>> Saturday, June 20, 2009

episod kami di sini bersambung untuk hari ketiga

perlawan kelima
UTM (kerajaan) vs UMP (pembangkang)
usul : kepentingan ekonomi di hadapan, tanggungjawab sosial di belakang
juri : 2-1 / margin : 6
pendebat terbaik : khairul
keputusan : menang

perlawanan keenam
UMP (kerajaan) vs IPGM Gaya (pembangkang)
usul: krisis ekonomi mengancam keselamatan produk
juri : 2-1 / margin : 2
pendebat terbaik : firdaus
keputusan : menang

keseluruhannya UMP di fomca kali ini menang 4 perlawanan daripada 6, mengumpul juri sebanyak 12 dan margin 13.6.

pasukan yang layak ke suku (tidak mengikut kedudukan sebenar)
1. upm
2.ukm
3. IPGM pendidikan islam
4. usm
5. utp
6. uthm
7. uiam
8. uitm

pasukan layak ke separuh akhir
utp vs upm
ukm vs uitm

rumusan, kedudukan keseluruhan belum dapat dan tahniah untuk firdaus legend..hehe

Read more...

hari kedua di UTHM

>> Friday, June 19, 2009

maka...inilah hari yang ditunggu..empat perlawanan berlansung berderet..hehe..pagi dua perlawanan petang dua perlawanan

laporan hari ini...

perlawanan pertama
upsi (kerajaan) vs ump (pembangkang)
usul : botol susu wajar diharamkan
pendebat terbaik : firdaus hashim
juri : 2 - 1 / margin : 2.5
keputusan : kalah

perlawanan kedua
ump ( kerajaan) vs uniten (pembangkang)
usul : pengguna di malaysia sedar
pendebat terbaik : siti nur faezah
juri : 2 - 1 / margin : 1.5
keputusan : kalah

perlawanan ketiga
msu (kerajaan) vs ump (pembangkang)
usul : pendidikan pengguna di dalam kurikulum sekolah melahirkan pengguna bertanggungjawab
pendebat terbaik : firdaus hashim
juri : 3-0 / margin : 6.6
keputusan : menang

perlawanan keempat
ump (kerajaan) vs ipgm pulau pinang (pembangkang)
usul : petani di malaysia tidak mendapat harga yang patut
pendebat terbaik : firdaus hashim
juri : 3-0 / margin : 3
keputusan : menang

secara keseluruhan menang dua dari empat perlawanan, juri terkumpul 8 dan margin 5.6 lebey kurang la..tak ingat...hehe..

hhhmm...banyak menda yang kena titik beratkan terutama dari aspek penggunaan bahasa..rugi kalau kalah sebab bahasa..huhu..tp yang vouge daus la dah kumpul 3 crown..bukan nak kongsi..haha..marah kat mas la tu..hehe..esok ade dua perlawanan saringan lagi..letey2..mau rehat lak..k

Read more...

Tiba di UTHM

>> Thursday, June 18, 2009

aku ngan daus tunggu awal di pondok bas sebelum jam 7 pagi lagi, almaklumla takut lewat kan sebab semalam ade orng suruh kumpul jam 6.30 petang jadi mcm berkobar2 la nak kumpul tapi nak wat cmne kalau dah orang melayu kan..hehe..akhirnya masita datang jam 7.40 pgi..huhu mana la hilangnya semangat semalam namun tidak mengapa sebab orang sikit jadi mudah nk kumpul semua..jumain plak angan2 nya nak ikut tapi masa daus tepon dia baru bangun tido jadi keputusan nya dia putuskan tidak mahu pergi. bertolak la kami kemudiannya.

pemandu : en.khadir
pegawai pengiring : kak ana
penumpang air asia yang lain : mas, daus, fendi, amy, suria dan akhir skali ann ( aku la tu.haha)

laju gak la en. khadir ni bawak dah la kabus mau berdesup bunyinya..

masa dalam perjalanan mas plak tertinggal blazer, mende la nak jadi..dah lewat pastu bagi roti je..pape pun thanx mas..hehe

kami sampai kat kg. jawa untuk sarapan, macam2 la dak2 ni order soto nasi, soto mee dan soto mihun..

yang paling aku tak tahan nya bila suria ckap bukan ke ade kuah lain tp mas dengan berkerut dan gaya badan nya ( korng mesti leh bayang) cakap : mana ada..mana ada.

mati2 dia nak gtau tak de kuah lain..hehe..

kami sampai kat uthm ni lebey kurang jam 12 lebey2..daftar pastu makan pastu balik bilik pastu bersiap g tmpat berkumpul. fulamak 3 ceramah plak dah dengar arini, pasal tanggungjawab sosial, pembangunan lestari dan ceramah oleh presiden cuepecs.

malam ni ade 1 lagi ceramah. pastu baru dinner..letih2..

stakat dalam buku program ada 41 pasukan terdiri daripada ipt, institut perguruan dan kolej mara kulim..

esok akan ada 4 perlawanan jadi doa2 kan la kami ye..persediaan tak rapi..byak fakta takde lg..hehe

Read more...

Rujukan

Peperiksaan akhir semester:
23/5/09- intermediate strength of material
28/5/09-mechanical vibration
30/5/09-industrial engineering

Berita Terkini Hiburan Sensasi

pelajar mendaftar masuk ump pada 28 jun 2009

Arena Debat

pertandingan debat fomca baru selesai minggu lepas di uthm

PSZA di uitm dungun pada 25 sehingga 28 jun 2009

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP