Monday, September 26, 2011

Jemputan makan di TGI Friday


minggu lepas ada vendor jemput 1 ofis untuk makan tengah hari di T.G.I Friday di Subang Jaya,
kebetulan masa tu aku tak dapat nak join sebab ada vendor technical evaluation di Rawang. jadi aku dan manager je yang tak dapat join. manager ada sesi menemuduga di SUMMIT.

nak jadi kan cerita, kawan 1 ofis aku ni lepas balik dari makan mencarut-carut kat ofis selepas memuntahkan kembali makanan-makanan tadi. Aku pn tanya la apa kes kan.. dia pn jawab menyesal makan kat situ sebab terperasan ada wine dan beer dalam restoran tu. sambil kumat kamit perkataan haram2..

aku tanya balik senior2 ni tak tahu ke restoran tu mcam tu, jawab la senior2 ni diorng makan ayam je beef stick tak makan dengan alasan bese chef masak beef stick je gune wine. Tambah plak ada orng menjawab susah tol bawak tok imam gi makan.

ni pandangan aku je la, kalau orang2 terlibat ni baca post ni aku minta maaf la kalau korang terasa hati.

selepas aku mencari maklumat di internet pasal TGI Friday dari sudut hukum, aku dapati TGI ni mmg dapat cop HALAL dari JAKIM tapi dari segi pembekalan makanan seperti ayam dan daging di sembelih dan bukan dari segi penyediaan makanan tersebut. walaupun aku tak pernah tengok diorng masak macamane, tapi bagi aku pilihan terbaik adalah elakkan makan di tempat seperti ini.

bukan darurat pn kalau kita tak makan kat situ kan, banyak lagi pilihan2 lain ada kat malaysia ni. berlambak kot. kata salah sorang kenalan aku kat sini, kita kene pergi nanti vendor tak nak belanja dah. bagi aku lantak la vendor tak nak belanja pun. aku penah je tolak tawaran vendor untuk majlis berbuka puasa di Tony Romas..sebab aku rasa tempat ni pun macam was-was je..so pilihan terbaik untuk aku ialah elakkan makan di tempat seperti ini.

teringat plak kisah aku pergi korea selatan atas urusan kerja yang lepas, masa tu kat stesen kereta api, vendor ajak la lunch sebelum aku bertolak pulang ke malaysia.. aku jawab ok je..masa kat dalam restoran ni aku teliti dulu menu-menu yang ada dalam restoran tu, dah la aku tak reti nk baca tulisan korea ni. tapi ada 1 menu ada tulis 'pork'..aku terus jawab kat vendor tu nevermind...aku suruh dia teruskan makan je kat situ, aku cari makanan lain, mmg berubah air muka dia sebab diorng ni memang tak suka bila orang tolak tawaran mereka. aku pikir lantak la..haha

pusing-pusing kat stesen kereta api tu tak jumpa lak restoran-restoran ada cop logo HALAL..haha..ada ke??

jadi pilihan yang aku ada makan roti je la, guna duit sendiri..tapi aku makan kat restoran tadi bersama vendor tersebut sambil banyak kali aku cakap sorry-sorry sebab tolak tawaran dia..macam bersalah jugak la tapi lantak lah..bagi aku pilihan terbaik adalah elakkan makan di tempat2 macam ini..

jadi saya ajak kawan-kawan semua untuk berhati-hati dalam memilih tempat makan. pilihla tempat makan yang betul-betul halal dan bukannya sebab kita nampak ada orang melayu (baca:islam) dalam mana-mana restoran mengHalalkan kita untuk makan.

kes-kes nampak ada orang melayu (baca:islam) dalam satu-satu restoran menyebabkan kita kurang ambil peduli tentang halal haram. sebab tu ada beberapa restoran di shah alam atau di tempat lain jugak yang kita ingatkan restoran mullaf atau mamak tapi sebenarnya tidak sebab nya kita nampak orang melayu (baca:islam) dalam restoran tersebut. Dah bertahun-tahun makan kat restoran tu baru la tahu yang restoran tersebut bukan islam.

jaga lah makan minum kita semua sebab itulah yang menjadi darah daging kita.

' we are what we eat'

0 comments:

Post a Comment